Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Siapa Yang Ditinggalkan?”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Fasilitator membacakan senario krisis: Bumi bakal musnah akibat pencemaran dan peperangan berpanjangan. Terdapat sebuah kapal angkasa terakhir untuk berpindah ke planet baharu, namun kapal tersebut hanya mampu memuatkan 6 orang sahaja (sekiranya ahli kumpulan ada 9 orang; untuk saiz kumpulan lain, tolak 3 daripada jumlah ahli). Setiap ahli kumpulan mencabut undi secara rawak untuk memegang salah satu daripada profesion berikut: 1) Polis, 2) Doktor, 3) Guru, 4) Jurutera, 5) Ahli Politik, 6) Tentera, 7) Ahli Saintis, 8) Ustaz/Ustazah, 9) Pekerja buruh kasar.
Setiap ahli diberi masa untuk membina hujah dan berhujah di hadapan ahli pasukannya tentang mengapa watak profesionnya wajar diselamatkan dan apakah sumbangan penting yang bakal dibawa untuk membina koloni manusia di planet baharu.
Kumpulan perlu berbincang, berdebat secara rasional, dan membuat keputusan sepakat: Siapakah 6 orang yang dipilih menaiki kapal angkasa dan siapakah 3 orang yang terpaksa ditinggalkan di Bumi berserta justifikasi kukuh. Keputusan dan hujah dicatatkan pada kertas mahjong.
Setiap kumpulan membentangkan senarai pemilihan mereka di hadapan kumpulan lain. Ahli daripada kumpulan lain bebas menyoal, mencabar hujah, dan berdebat mengenai pemilihan tersebut.
Pengajaran Utama Modul: Menguji kematangan peserta dalam mengimbangi pertimbangan emosi peribadi dengan kepentingan strategik jangka panjang. Tiada jawapan mutlak yang betul; nilai terletak pada proses musyawarah, seni berunding, dan penerimaan keputusan sukar secara kolektif. Tip Praktikal Fasilitator: • Kawal sesi perdebatan agar kekal profesional berfokuskan pertukaran idea dan tidak bertukar menjadi serangan peribadi. Soalan refleksi pemandu: 1. Bagaimanakah aktiviti ini mencabar keupayaan kumpulan mencapai kata sepakat dalam situasi genting? 2. Adakah sukar mempertahankan peranan anda dengan yakin berdasarkan pengetahuan sedia ada?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.