Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Raja Temberang”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Fasilitator menyediakan pelbagai bahan kegunaan harian atau tempat kerja. Ketua kumpulan mencabut undi 2 jenis bahan secara rawak untuk kumpulannya.
Setiap kumpulan ditugaskan menghasilkan satu produk ciptaan baharu yang tidak pernah wujud dengan menggabungkan bentuk kedua-dua bahan tersebut. Contohnya: Payung yang disambungkan dengan hanger baju. • Produk dibenarkan berkonsepkan "tidak logik" atau "tidak masuk akal", serta tidak terhad kepada kegunaan asal bahan. • Kumpulan dibenarkan membuat tuntutan melampau (overclaimed) secara kreatif (contoh: "Produk ini jika diletakkan di kepala akan membuatkan bekas kekasih teringat kepada anda").
Kumpulan merangka bahan pembentangan di atas kertas mahjong berformatkan Product Pitching untuk memikat juri dan pelabur jutawan. Elemen wajib dalam pembentangan: • Nama produk yang bombastik • Isu atau masalah hangat masyarakat yang ingin diselesaikan • Fungsi dan mekanisme "sains" di sebalik produk • Testimoni pengguna • Demonstrasi sketsa pendek penggunaan • Harga dan tawaran pakej promosi
Setiap kumpulan membentangkan produk secara teatrikal; digalakkan berlakon seperti penjual ubat kaki lima, founder produk timbang kilo, atau hos siaran jualan langsung televisyen. Kumpulan lain bertindak sebagai pelabur dan bebas mengemukakan soalan mencabar.
Penilaian diberikan berdasarkan tahap kreativiti, keyakinan diri melontarkan hujah, dan daya penarik sketsa persembahan.
PENGAJARAN UTAMA MODUL: • Menunjukkan bagaimana keyakinan diri, pembawaan imej, dan penyusunan struktur naratif mampu membina pengaruh sosial yang kuat. Ia juga mendidik peserta agar lebih celik dan kritis terhadap manipulasi psikologi dalam teknik pemasaran era moden. TIP PRAKTIKAL FASILITATOR: • Galakkan suasana tidak formal yang sarat humor agar peserta yang pemalu berani tampil berlakon secara spontan. SOALAN REFLEKSI KELOMPOK: • Apakah iktibar dan nilai yang tersirat di sebalik penghasilan produk ini? • Bagaimanakah tahap keyakinan diri anda mampu mempengaruhi pendengar untuk mempercayai apa yang disampaikan?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.