Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Pulau Kacir-Kucar”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Fasilitator/urusetia menyediakan sebuah peta induk besar bertajuk 'Pulau Kacir-Kucar' (nama disengajakan) atau apa-apa nama yang bersesuaian, yang sarat dengan pelbagai bentuk bangunan, rangkaian jalan raya, dan lokasi tarikan (points of interest) berlabel nama-nama unik dan kelakar (contoh: Hospital Suka Hati Nak Masuk, Lapangan Tak Terbang, Sekolah Tak Pandai Pun, Taman Hati Celaru Cinta, dll.). Peta ini diletakkan di sudut terlindung yang tidak boleh dilihat terus dari stesen kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kertas mahjong dan alat tulis. Misi kumpulan adalah melukis semula keseluruhan peta 'Pulau Kacir-Kucar' sesempurna yang mungkin semata-mata berdasarkan hafalan dan penerangan bergilir ahli kumpulan.
Secara bergilir-gilir, bermula dengan ketua kumpulan setiap kumpulan, setiap ahli kumpulan diberikan giliran masa selama 30 saat hingga 1.5 minit untuk pergi ke sudut rahsia, meneliti peta asal, dan menghafal seberapa banyak bentuk, lokasi, susun atur, serta nama bangunan.
Sebaik sahaja masa tamat, ahli tersebut mesti bergegas kembali ke kumpulannya untuk menerangkan maklumat kepada pelukis kumpulan atau melukis sendiri bahagian yang sempat dihafal tadi. Giliran diteruskan oleh ahli seterusnya sehingga kesemua ahli selesai melihat peta. (VARIASI: Fasilitator boleh juga secara santai, menambah tugasan tambahan bertujuan untuk sengaja mengganggu hafalan peserta ketika mereka ingin kembali ke kumpulan asal. Contohnya; Menyanyi lagu Negaraku, lagu sekolah, menari dsb.)
Setiap kumpulan membentangkan hasil peta ciptaan mereka. Fasilitator membandingkan hasil kerja setiap kumpulan dengan peta induk asal; markah dinilai berdasarkan ketepatan kedudukan, bentuk geografi, serta ketepatan ejaan nama-nama tempat.
Pengajaran Utama Modul: Mengajar strategi pembahagian tugasan (specialization). Kumpulan yang berjaya kebiasaannya tidak cuba menghafal segalanya secara rawak, sebaliknya membahagikan zon peta mengikut giliran ahli (cth: ahli 1 fokus zon utara, ahli 2 fokus zon selatan). Ia menekankan pentingnya kepercayaan bahawa setiap ahli menyumbang kepingan maklumat yang bermakna. Tip Praktikal Fasilitator: • Pastikan peserta tidak membawa sebarang kertas nota, pen, atau telefon pintar semasa giliran melihat peta induk. • Fasilitator juga boleh mempelbagai cara untuk memanggil wakil kumpulan (2 orang serentak, ahli yang paling kuat hafalan dsb.). Soalan refleksi cadangan: 1. Apakah teknik atau strategi yang digunakan oleh kumpulan anda untuk menghimpunkan data yang begitu padat dalam masa singkat? 2. Bagaimanakah tahap kepercayaan kepada ingatan rakan mempengaruhi hasil akhir lukisan?
Daftar atau log masuk secara percuma untuk melihat preview penuh & memuat turun dokumen lampiran modul ini.
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.