Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Muzik Video Kurang Bajet”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk mencabut satu kertas undian yang mengandungi tajuk lagu berserta tema emosinya (sama ada sedih, ceria, keinsafan, atau jenaka). Sediakan juga lirik lagu penuh untuk setiap satu lagu yang dicabut untuk diberikan kepada wakil kumpulan. Contoh lagu tema sedih: i. Stevan Pasaribu - Belum Siap Kehilangan ii. Lumangad Oku Dika - Ryenald Guntabid iii. Armada - Asal Kau Bahagia Contoh lagu tema ceria: i. Amy Mastura - Sha Na Na ii. KRU - Terhangat Di Pasaran
Tugasan: Setiap kumpulan perlu membuat persembahan lakonan tanpa suara (pantomim) sambil menggerakkan bibir mengikut lirik (lip-sync), seolah-olah sedang merakamkan Muzik Video (MV) untuk lagu tersebut. Syarat utama: • Semua ahli kumpulan wajib terlibat dalam persembahan tersebut. • Kumpulan bebas membahagikan watak: siapa menjadi penyanyi utama, siapa menjadi pelakon sampingan mengikut jalan cerita lirik, dan siapa menjadi objek latar (contoh: menjadi pokok, tiang lampu, atau kru kesan khas). • Klien tidak perlu menyanyi dengan suara sebenar. Fokus sepenuhnya pada mimik muka, gerak bibir, dan gaya tubuh yang sesuai dengan emosi dan lirik lagu.
Berikan masa 10 hingga 20 minit (bergantung kepada aturan masa program) untuk setiap kumpulan mendengar lagu masing-masing, membahagikan watak, menyusun jalan cerita, dan memilih peralatan di sekeliling sebagai props.
Setiap kumpulan tampil ke hadapan mengikut giliran. Fasilitator memainkan lagu mereka berserta suara asal. Kumpulan beraksi mengikut kreativiti masing-masing sambil disaksikan oleh rakan-rakan lain.
Setelah semua kumpulan selesai, berikan tepukan gemuruh dan sekiranya mahu, boleh umumkan pemenang mengikut kategori santai seperti Persembahan Paling Menghiburkan, Penghayatan Watak Terbaik, dan Kerjasama Kumpulan Paling Terbaik.
### Pengajaran Utama Modul Dalam sesebuah persembahan, penyanyi utama di hadapan tidak akan menyerlah tanpa sokongan pelakon latar di belakang. Begitu juga dalam organisasi atau pasukan, walau sekecil mana pun peranan yang kita pegang, jika dilakukan dengan sepenuh hati, ia akan mencantikkan hasil kerja keseluruhan kumpulan. Aktiviti ini juga memupuk Self-Awareness tentang cara meluahkan emosi dengan sihat dan yakin di hadapan orang ramai. ### Tip Praktikal Fasilitator - **Had Masa Lagu:** Sekiranya ingin menjimatkan masa, sediakan potongan lagu sekitar 2 minit sahaja (daripada rangkap awal hingga korus utama) supaya masa persembahan lebih terurus dan tidak terlalu panjang. - **Ekspresi Wajah & Emosi:** Galakkan klien menjiwai watak secara ekspresif kerana kesungguhan wajah mereka semasa berlakon akan menjadikan suasana lebih hidup dan mencuit hati. - **Bimbingan Soalan Refleksi:** 1. Bagaimana kumpulan anda membahagikan watak dalam masa yang singkat tadi? 2. Apakah perasaan anda apabila perlu mengetepikan rasa malu demi menjayakan persembahan kumpulan? 3. Bagaimana sokongan peranan sampingan/latar belakang membantu kejayaan watak utama dalam sesebuah pasukan?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.