Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “KLCC, KLIA, KL Tower!”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Fasilitator menerangkan bahawa apabila satu nama mercu tanda dilaungkan, klien wajib mencari rakan serta-merta mengikut jumlah orang yang ditetapkan dan membentuk struktur bangunan tersebut menggunakan gabungan badan mereka: • **KLCC (3 Orang):** Dua orang berdiri tegak bersebelahan sambil mengangkat tangan lurus ke atas menjadi dua menara berkembar, manakala seorang lagi berdiri di tengah-tengah sambil membongkok menyambungkan kedua-dua rakan tadi (menjadi jambatan Skybridge). Lihat 'cover image' untuk rujukan. • **KLIA (4 Orang):** Empat orang cuba membuat bentuk kapal terbang di mana seorang akan membongkok ke arah hadapan dan seorang lagi ke arah belakang membentuk kepala dan ekor pesawat. Manakala 2 orang lagi menjadi sayap kiri dan kanan pesawat tersebut, membongkok di antara dua orang (sebelah kiri dan kanan) tadi sambil meluruskan tangan ke hadapan seolah-olah menjadi sayap. Lihat 'cover image' untuk rujukan. • **Menara KL / KL Tower (5 Orang):** Kelima-lima orang berdiri rapat membentuk bulatan sambil mengangkat dan mencantumkan tangan tinggi ke atas menjadi puncak menara. Lihat 'cover image' untuk rujukan.
Minta semua klien berdiri dan berjalan secara santai dalam bulatan di sekitar ruang dewan sambil fasilitator memainkan lagu rancak yang bersesuaian.
Fasilitator akan secara tiba-tiba menghentikan lagu dan kemudiannya menjeritkan arahan secara rawak (contoh: "KL...CC!"). Klien diberi masa 5-10 saat sahaja untuk menarik sesiapa sahaja berdekatan mereka, cukupkan 3 orang, dan terus menggayakan KLCC. Arahan yang sama terpakai untuk KL...Tower! (5 orang) dan KL...IA! (4 orang) di mana klien perlu mencukupkan orang dan membuat gaya bentuk bangunan yang diarahkan.
Klien yang tidak cukup ahli atau lambat membentuk binaan akan dikeluarkan daripada permainan atau didenda secara lucu-lucu sebelum masuk semula ke dalam bulatan untuk memulakan lagi permainan. Fasilitator disarankan untuk memilih arahan bangunan yang bersesuaian mengikut jumlah klien yang masih dalam permainan (sebaiknya memilih arahan bangunan yang semestinya menyebabkan berlakunya bangunan yang tidak cukup ahli untuk tujuan penyingkiran atau denda pada hujung pusingan, contohnya bangunan KLCC untuk jumlah peserta yang hanya tinggal 14 orang).
Ulangi pusingan sehinggalah hanya segelintir klien yang masih tertinggal dan berjaya menyempurnakan formasi mercu tanda terakhir.
### Pengajaran Utama Modul Dalam situasi mendesak, kita tidak sempat memilih-milih kawan yang kita kenal sahaja. Kejayaan menyiapkan binaan bergantung kepada kepantasan kita menerima sesiapa sahaja di sekeliling kita, cepat membahagikan peranan (siapa jadi tiang, siapa jadi jambatan, siapa jadi kapal terbang), dan tidak malu bekerjasama. ### Tip Praktikal Fasilitator - **Kawalan Keselamatan & Adab:** Untuk elakkan perlanggaran kasar, ingatkan klien supaya tarik rakan dengan sopan dan pastikan barisan lelaki membentuk binaan sesama lelaki, dan perempuan sesama perempuan. - **Kreativiti Formasi:** Selain gaya tetap di atas, fasilitator juga boleh beri kebebasan kepada kumpulan untuk mereka cipta sendiri gaya bangunan KLCC, KLIA, atau Menara KL mengikut kreativiti masing-masing dalam masa 10 saat. - **Bimbingan Refleksi Ringkas:** 1. Macam mana anda tentukan siapa jadi menara dan siapa jadi jambatan dalam masa beberapa saat tadi? 2. Susah tak bila kena berpecah daripada kawan rapat dan cari ahli baru? 3. Mengapa kesediaan menerima sesiapa sahaja dalam pasukan penting dalam menyelesaikan tugasan krisis?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.