Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Bulatan Kawalan Diri (Circle of Control)”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Setiap klien dibekalkan sehelai kertas. Fasilitator meminta klien melukis satu bulatan kecil di tengah-tengah kertas, dan satu lagi bulatan besar yang mengelilingi bulatan kecil tersebut (membentuk corak seperti telur mata atau donat).
Fasilitator menerangkan maksud kedua-dua bulatan: • Bulatan Dalam (Boleh Saya Kawal): Perkara yang berada di bawah kuasa sendiri 100% (contoh: usaha sendiri, kata-kata sendiri, cara kita respon, masa tidur, dan pilihan makanan). • Bulatan Luar (Bukan Kuasa Saya): Perkara yang langsung tidak boleh kita ubah walaupun kita risau sampai pening (contoh: mulut orang lain, perangai orang, cuaca, masa lalu, dan keputusan pihak pengurusan).
Klien diminta menyenaraikan perkara yang kerap membuatkan mereka rungsing atau serabut ke dalam bulatan yang betul. Jika perkara itu tentang perangai rakan sekerja, tulis di bulatan luar. Jika tentang cara diri sendiri menenangkan hati, tulis di bulatan dalam.
Fasilitator meminta klien melihat senarai di bulatan luar dan bertanya: "Berapa banyak tenaga dan masa kita habiskan untuk fikir perkara di luar ini yang kita tak boleh ubah pun?". Klien dibimbing untuk melepaskan kerungsingan terhadap bulatan luar secara simbolik.
Minta setiap klien memilih satu perkara sahaja dalam bulatan dalam dan tentukan satu tindakan mudah yang boleh mula dibuat hari ini untuk menjaga diri.
### Pengajaran Utama Modul Rasa penat dan serabut biasanya datang bukan sebab kerja terlalu banyak semata-mata, tetapi sebab kita sibuk cuba kawal perkara yang kita tak mampu ubah. Bila kita fokus pada diri sendiri dan usaha kita, hati jadi jauh lebih lapang. ### Tip Praktikal Fasilitator - Sekiranya klien berkata "Tapi perangai kawan saya buat saya marah", fasilitator boleh bimbing dengan lembut: "Betul, perangai dia kita tak boleh kawal (bulatan luar), tapi macam mana kita nak respon atau pasang sempadan diri adalah hak kita (bulatan dalam)". ### Bimbingan Refleksi & Pemprosesan 1. Apakah perasaan anda selepas menyedari bahawa banyak perkara yang membebankan fikiran selama ini sebenarnya berada di luar kawalan anda? 2. Apakah satu tindakan kecil dalam bulatan kawalan diri yang anda pilih untuk mulakan hari ini? 3. Bagaimanakah visual bulatan ini dapat membantu anda bila mula merasa tertekan pada masa akan datang?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.