Membuka Perincian Modul/Aktiviti...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Menyediakan panduan, bahan & maklumat logistik...
Sila daftar atau log masuk secara percuma di portal rasmi PsyPEAK (psypeak.my) untuk mencetak Lembaran Panduan Pelaksanaan A4 bagi modul “Among Us!? / Siapa Pengkhianat !?”.


Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Urusetia/fasilitator menyediakan satu jadual rujukan pada kertas mahjong yang mengandungi petak nombor rawak dan simbol/bentuk tertentu di tempat yang terlindung daripada pandangan kumpulan (SILA LIHAT CONTOH GAMBAR). Setiap kumpulan dibekalkan sekeping kad manila yang dilukis dengan kerangka jadual kosong yang serupa..
Setiap kumpulan melantik seorang ketua kumpulan. Hanya ketua kumpulan sahaja yang dibenarkan menulis atau melukis pada kad manila kumpulan. Sebelum permainan bermula, fasilitator akan melantik beberapa orang ahli dalam kumpulan sebagai Penyamar (Impostor) dengan mengarahkan semua peserta untuk tunduk dan menutup mata, kemudian fasilitator menyentuh bahu penyamar (1-2 orang setiap kumpulan) sebagai tanda peserta tersebut telah terpilih secara rahsia. Tiada sesiapa dalam kumpulan mengetahui identiti penyamar kecuali sesama penyamar sahaja. (Ketua kumpulan tidak boleh sama sekali dipilih sebagai penyamar).
Secara bergilir-gilir mengikut turutan, setiap ahli kumpulan/wakil akan dipanggil ke satu sudut tersembunyi dan diberikan masa selama 20 saat sahaja untuk melihat jadual rujukan asal dan menghafal seberapa banyak nombor serta bentuk yang termampu. Selepas 20 saat, ahli tersebut mesti kembali ke kumpulannya untuk menyampaikan maklumat kepada ketua kumpulan bagi mengisi ruangan kosong.
Tugasan rahsia Penyamar adalah mencelarukan maklumat dan jawapan yang diberikan oleh dirinya sendiri serta memanipulasi maklumat rakan-rakan lain secara halus tanpa terbongkar. Penyamar dikira menang/berjaya sekiranya majoriti jawapan akhir yang dilengkapkan oleh kumpulan adalah salah.
Setelah semua ahli selesai membuat giliran, fasilitator menyemak ketepatan jadual kad manila kumpulan berbanding jadual asal. Kumpulan kemudiannya diberi ruang untuk berbincang dan meneka siapakah 'Penyamar' di kalangan mereka berdasarkan corak penyampaian maklumat yang diterima sepanjang aktiviti.
Pengajaran Utama Modul: • Mengajar kumpulan untuk sentiasa bijak menyusun strategi semakan silang (cross-checking) dan komunikasi kreatif dalam memindahkan maklumat kritikal. • Memberi pengajaran mendalam mengenai bahaya anasir khianat atau penyamar dalam sesebuah organisasi yang boleh meruntuhkan kepercayaan dan menggagalkan matlamat bersama. Tip Praktikal Fasilitator: • Letakkan jadual rujukan pada jarak yang munasabah agar peserta perlu berulang-alik dan tidak dapat menjeritkan jawapan dari jauh. Gunakan soalan refleksi akhir: 1. Bagaimanakah aktiviti ini membantu anda memupuk sikap bekerjasama dan mempercayai ahli kumpulan? 2. Apakah strategi paling berkesan untuk mengesahkan maklumat apabila timbul keraguan atau kekeliruan?
Sila Log Masuk untuk melihat ulasan modul/aktiviti ini.
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.

Daftar atau Log Masuk untuk melihat profil lengkap penyumbang modul/aktiviti
Daftar atau Log Masuk untuk melihat senarai cadangan modul dan aktiviti berkaitan.